KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara juara bertahan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC) di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 8 Dis ini, kekal seperti musim lepas.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam berkata empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan TFC.
Empat kategori itu adalah General Admission yang menawarkan tiket serendah RM50 dan RM70, Premium Grandstand (RM150) dan VIP Grandstand yang dijual pada harga RM200.
"Penyokong JDT dan TFC akan memiliki pilihan dengan penetapan empat tier harga tiket ini, justeru MFL mengharapkan agar mereka dapat membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan masing-masing.
"Bagi proses penjualan tiket final Piala Malaysia 2023, MFL seperti mana sebelum ini menyerahkan sepenuhnya urusan itu kepada pasukan finalis bagi memastikan mereka dapat menjual tiket kepada penyokong dengan sistematik dan sama rata," katanya dalam kenyataan MFL hari ini.
Stuart berkata maklumat lanjut mengenai proses jualan tiket kepada penyokong akan dimaklumkan oleh pihak JDT dan TFC dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023
Empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan TFC. - Gambar fail
Malaysia, Uzbekistan akan ubah jawatankuasa bersama dalam perdagangan kepada suruhanjaya bersama
Malaysia dan Uzbekistan telah bersetuju untuk mengaktifkan Jawatankuasa Bersama Perdagangan Antara Kerajaan dan mengubah jawatankuasa itu menjadi Suruhanjaya Bersama Antara Kerajaan.
13 negara gesa sekatan terhadap Israel daripada serang Rafah
Antara negara yang menandatangani surat berkenaan ialah Australia, yang mana menteri-menteri luar negara terbabit turut meminta gencatan senjata yang mampan.
Sekolah di bandar Bitung ditutup
Sekolah-sekolah ditutup di Bandar Bitung selepas abu dan hujan dari gunung berapi Ruang mencurah di Sulawesi Utara Indonesia.
Brazil dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita FIFA 2027
Brazil akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 selepas undian di Kongres FIFA ke-74 pada Jumaat.
40 senator Thailand mohon pemecatan Srettha
Ketika rombakan Kabinet bulan lalu, senator itu membantah pelantikan bekas peguam, Pichit Cuenban, sebagai Menteri di pejabat Srettha.
Lelaki bakar rumah ibadat ditembak mati
Polis menembak mati seorang lelaki bersenjata yang membakar rumah ibadat di Rouen Perancis.
Bayaran dam dan korban melalui THiJARI diteruskan
Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab masing-masing.
Singapura kutuk, nasihat warganya di Malaysia berhati-hati
Singapura mengutuk sekeras-kerasnya serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram di Johor pada Jumaat, yang mengakibatkan kematian dua anggota polis dan mencederakan seorang lagi.
Pengajaran kepada kita, akibat fahaman radikal
Insiden yang menimpa dua anggota polis di Ulu Tiram patut dijadikan sebagai pengajaran akibat bila berfahaman radikal.
KJ beri gambaran tak cepat kembali ke dunia politik, jika mampu bertahan
Khairy Jamaluddin berkongsi pengalaman dalam program Ayuh Johor, termasuk melibatkan kejayaan ketika menggalas tugas sebagai menteri sehingga kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15, yang lalu.
Liga Super: KDNFC turunkan harga tiket perlawanan pertama
Kelantan Darul Naim FC (KNDFC) menurunkan harga tiket bagi perlawanan pertama pada Liga Super 2024/25 menentang Sabah di Stadium Sultan Muhammad IV.
FAM umum harga tiket aksi Malaysia lawan Oman
FAM umum harga tiket bagi perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di antara Malaysia dan Oman 26 Mac depan.
Harga tiket Dinosaur Encounter mengikut harga pasaran - Exco
Dinosaur Encounter itu yang mula dibuka kepada orang ramai sejak 15 Disember lepas belum siap sepenuhnya dan ia akan dibuka secara berperingkat.
Harga tiket final Piala Malaysia 2023 kekal
Empat kategori tiket aksi kemuncak Piala Malaysia itu akan diagihkan secara sama rata masing-masing kepada JDT dan TFC.
Semangat patriotik seharusnya melebihi keresahan harga tiket - Legenda bola sepak
Harga tiket tidak seharusnya menjadi masalah kepada peminat setia untuk memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya menentang Kyrgyzstan.
Kerajaan tidak campur tangan penetapan harga tiket MAS - Loke
Ini kerana perkara itu adalah keputusan syarikat penerbangan itu berdasarkan pelbagai pertimbangan untuk mengenakan harganya.
Galeri Rumah Lat: Harga tiket perlu munasabah elak jadi projek 'gajah putih'
Mohd Odzman berharap harga tiket yang akan mula dikenakan kepada pengunjung pada September munasabah serta tidak membebankan.
Harga tiket konsert Coldplay jadi bualan netizen
Netizen ada yang mengharapkan harga jualan tiket dapat dikurangkan di bahagian zon berdiri berbanding tempat duduk yang lain.
527 penerbangan tambahan diluluskan menjelang Aidilfitri
MOT menjelaskan kelulusan ini adalah 43 peratus lebih banyak berbanding kapasiti tambahan yang diluluskan pada musim perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas.
Lebih 80 peratus rakyat Perancis dapati tiket Olimpik Paris 2024 terlalu mahal
Kira-kira 82 peratus daripada responden mengatakan harga tiket untuk acara itu sukar untuk dibeli atas faktor harga.